Tuesday, March 23, 2010

Tips 4 FinaL exaM

SaLam....ini saya titipkan sedikit petua untuk menduduki peperiksaan akhir memandangkan ramai saudara dan saudari sekalian bakal menghadapinya tidak lama lagi seperti saya =)

1)Jgn seseKaLi tinggal soLaT, kalau terlajak subuh pastikan Qadha' cepat2
- saya pasti ramai yang berjaga sehingga awal pagi untuk menelaah pelajaran sampai tak
terbangun Subuh. Ingatlah solat itu tiang agama dan wajib dilaksanakan. Malah dapat mencegahperkara2 yg keji, Perkara2 keji inilah yang mengotorkan hati dan untuk memahamkan ilmu, hati perlu bersih agar senang maklumat hendak masuk ke dalam minda. Yang paling penting, restu dari Allah adalah satu KEMESTIAN dan bagaimana hendak mendapat keberkatanNya jika
kita meninggalkan suruhanNya?

2)ikhLaskan hati dalam belajar
- Objektif mengulangkaji bukan semata-mata kerana gred tetapi niatkan untuk Allah, agama dan bangsa. Fahami sedalam-dalamnya agar kita bisa mempraktikkan apa yang kita pelajari sdgkan Nabi Muhammad SAW sndiri mengeji org yg tidak melakukan seperti apa yang diperkatakan. Fikir kita mempunyai tanggunjawab yang sgt besar untuk UMMAH secara keseluruhannya agar kita kembali gah dengan akidah yang mantap dan ilmu yg tinggi seperti zaman kegemilangan Islam dahulu. Akan lahir semula Ibnu Khaldun, Ibn Sina, Ibn Taimiyyah, Nizam Malik Al-Tusi, Salahuddin Al-Ayyubi.

3)Relakskan diri
- Tidaklah penting berapa jam kita peruntukkan untuk belajar tetapi berapa peratus yg dpt dihadam..Jadi walaupun hanya 5 minit anda mungkin dapat menguasai sepenuhnya apa yg anda hendak fokuskan ketika itu. Saya telah mengalami perkara ini. Perbandingan dibuat ketika saya sedang menaiki tren dari KLIA ke KL Sentral(selama 40 minit) dan di bilik(5 minit) membaca tentang tajuk yang sama iaitu 'FOREX'. Namun apa yg saya hadamkan selama 40 minit bagi saya hanyalah bernilai 55% penguasaan berbanding 85% penguasaan selama 5 minit di bilik. Mengapa? Di bilik, saya berada dalam keadaan relaks dan fokus. Manakala di tren, tentulah banyak gangguan dan saya dalam keadaan gelisah memikirkan seribu perkara yang bermain di fikiran. Jika 5 minit sahaja diperlukan untuk 85%, berapa minit untuk 100%?

4)Cuba mengajar orang lain
- Cuba peruntukkan sedikit masa untuk mengajar orang lain dan kalau boleh tawarkan diri untuk mengajar kerana mungkin mereka agak malu untuk bertanya. Tak salah jika kita memulakan. Jika seseorang menyerahkan tanggungjawab kepada org lain dan org lain pula menyerahkan tnggjwbnya kepada org yg lain, tiada siapa yang akan memulakan dan tiada apa akan terjaDi. InsyaAllah jika kita mengajar orang, kita disukai Allah dan kita menjadi lebih mahir dalam ilmu itu. Pernah terjadi kepada saya, saya mula menyesal mengajar orang kerana di dewa peperiksaan saya tidak rasa telah menjawab dengan sempurna. Akan tetapi bila keputusan diumumkan, anggapan saya meleset sama sekali, saya cemerlanG dalam subjek itu. Maksud saya di sini, meskipun jawapan saudara tidak tepat, Allah akan memberi ruang untuk menolong kita kerana kita sudahpun menolong orang lain. Bukankah "Erti Hidup Pada Memberi" - Ustaz Hasrizal quote

5)Conteng di kertas kosong
-Setelah mengulangkaji, cuba pindahkan segala maklumat di minda ke dalam kertas kosong untuk mengetahui sejauh mana kefahaman kita terhadap subjek tersebut. Cuba juga menyebut maklumat kerana otak akan menangkap dengan lebih pantas lagi. Visual dan pendengaran menyumbang lebih kurang 75%. Selepas itu buatlah 'past year's exams' untuk membiasakan diri dengan soalan. Tiadalah 'kejutan' nanti.

6)Mohon restu ibu ayah
-ini sangatlah penting.."Redha Allah terletak pada Redha ibu bapa" walaupun saudari mungkin balik ke rumah tiap-tiap minggu dan selalu berinteraksi dengan mereka secara langsung, cuba juga telefon untuk mendoakan agar saudari dimudahkan menjawab exam.

7)Tawakkal
-Inilah solusi terakhir, sentiasa tawakkal dan doa'.......Jgn lupa juga baca Quran, Solat Dhuha dan kalau boleh solat hajat....

insyaAllah kita boleh berjaya!!!

No comments:

Post a Comment