Wednesday, July 29, 2009

"IngaT seBelum KeNa"

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelancong Timur Tengah termasuk seorang wanita dikesan menggunakan taktik menjatuhkan pelbagai not wang kertas di atas lantai sebagai umpan menarik perhatian mereka yang mengeluarkan wang di mesin pengeluaran automatik (ATM) untuk mengambil wang itu.Apabila mangsa mengambil wang berkenaan, rakan mereka akan dengan cepat menukar kad ATM mangsa dengan kad lain.Malah, sebelum itu, seorang daripada mereka cuba menghafal nombor pin kad ATM mangsa ketika hendak membuat pengeluaran wang.Dalam kejadian terbaru 21 Julai lalu, seorang lelaki menjadi mangsa kepada golongan terbabit ketika dia mengeluarkan wang di sebuah bank di Seri Gombak, di sini.


Mangsa, See Teck Chuan, 32 berkata, dalam kejadian jam 8 malam itu, dia pergi bank berkenaan untuk membuat pemindahan wang kepada rakannya.
“Sewaktu masuk ke dalam bank, kelihatan seorang wanita Arab sedang berdiri di tepi satu mesin ATM dan memandang saya dengan penuh curiga.“Namun, tanpa mengendahkannya, saya terus membuat transaksi sebelum secara tiba-tiba wanita itu menepuk bahu saya sambil menunjuk sejumlah wang di atas lantai.“Ketika itu, saya menyedari terdapat seorang lagi rakannya iaitu lelaki berusia 50-an mengarahkan saya memungut wang itu sambil bercakap dalam bahasa yang saya tidak difahami,” katanya.Menurutnya, dia yang tidak mencurigai apa-apa terus mengutip wang dalam not RM5, RM1 dan AS$1 sebelum memberinya kepada pasangan itu.“Bagaimanapun, mereka enggan mengambil wang itu sebaliknya membuat bising menyuruh saya meletakkan wang itu kembali ke atas lantai.“Saya yang keliru dan bingung kerana tidak memahami bahasanya cuba bertanya apa yang mereka maksudkan dan ketika itu datang seorang lagi rakan mangsa menjerit ke arah saya sambil menyuruh saya mengutip kembali wang terbabit,” katanya.


See tidak melayan permintaan kumpulan itu sebaliknya terus ke mesin ATM berhampiran untuk meneruskan transaksi yang terganggu.“Saya yang cuba membuat pengeluaran wang pula terkejut apabila nama yang terpapar pada mesin itu adalah milik Noraini Hashim.“Pada mulanya saya menyangka mesin terbabit mengalami kesilapan teknikal, namun setelah dua kali nombor pin yang dimasukkan masih salah, saya menyedari ada sesuatu yang tidak kena.“Saya mencari ketiga-tiga warga Timur Tengah terbabit, namun mereka sudah menghilangkan diri,” kata See yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Caves, Gombak pada malam kejadian.Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebaik laporan polis dibuat, dia mendapati seorang daripada suspek melihat nombor pin kad ATM miliknya sebelum menukarnya dengan kad lain.“Mereka sengaja membuat kecoh kerana ketika itu seorang daripada mereka sedang mengeluarkan wang saya sebanyak RM1,500 dari mesin berhampiran.“Pemeriksaan transaksi mendapati mereka membuat tiga kali pengeluaran RM3,500 serta membeli kad isian semula telefon bimbit bernilai RM100 di sebuah stesen minyak menghala ke Lebuh Raya Karak dua kilometer dari bank terbabit.“Semuanya dilakukan kurang dari tempoh 10 minit,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Biro Bantuan Awam MCA di sini, semalam.Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan pihaknya kini sedang memburu ketiga-tiga suspek terbabit.

MoraL:
1)jangan mudah terpengaruh dengan penipuan manusia
2)jika ada seseorang yang mencurigakan, tolong berjaga-jaga@berhati-hati, hadang diri anda bila sedang menaip no pin supaya org x leh detect
3)sntiasa berdoa mintak dijauhkan benda2 macam nie...
4)bila hendak membantu orang tpi still dalam transaction, stop dulu transaction tuh, keluarkan kad or duit

nauzubillahumin zalik

Saturday, July 25, 2009

::Habiburrahman el-shirazy@kang abik::

HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY adalah sarjana Al Azhar University Cairo. Founder dan Pengasuh Utama Pesantren Karya dan Wirausaha BASMALA INDONESIA, yang berkedudukan di Semarang, Jawa Tengah. la dikenal secara nasional sebagai dai, novelis, dan penyair. Beberapa penghargaan bergengsi berhasil diraihnya, anfara lain, Pena Award 2005, The Most Favorite Bookand Writer 2005 dan /BF Award2006. Tak jarang ia diundang. untuk berbicara di

forum-forum nasional maupun internasional, baik dalam kapasitastaya sebagai dai, novelis, maupun penyair. Seperti di Cairo, Kuala Lumpur, Hongkong, dan lain-lain. Karya-karyanya selalu dinanti khalayak karena dinilai membangun jiwa dan menumbuhkan semangat berprestasi. Di antara karya-karyanya yang telah beredar di pasar adalah Ayat Ayat Cinta (novel fenomenal yang akan dilayarlebarkan, 2004), Pudamya Pesona Cleopatra (novelet, 2004), Di Atas Sajadah Cinta (kumpulan kisah teladan yang telah disinetronkan di Trans TV, 2004), Ketika Cinta Berbuah Surga (kumpulan kisah teladan, 2005), Ketika Cinta Bertasbih (novel fenomenal yang belum genap sebulan beredar telah terjual 30.000 eksemplar, 2007). Karyanya yang siap dirampungkan: Langit Makkah Berwarna Merah. Bidadari Bermata-Bening dan Bulan Madu di Yerusalem.

Friday, July 24, 2009

::KemaTian PerTaMa::

"Malaysia mencatatkan kematian pertama kes H1N1 apabila seorang pesakit warga Indonesia berusia 30 tahun mati di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur jam 11.50 pagi kelmarin. Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata punca sebenar kematian pesakit terbabit yang juga seorang pelajar masih belum diketahui tetapi siasatan awal mendapati ia disebabkan kadar denyutan jantung tidak terkawal. Liow juga berkata, sebanyak 18 kes baru dilaporkan sehingga 8 pagi ini, membabitkan 17 jangkitan tempatan dan satu import. BHM"



erm...sekarang sudah mencatatkan kematian pertama tetapi warga indonesia? Banyak IPTA dan sekolah2 sudah ditutup kerana takut bahayanya penularan wabak selesema babi yang sangat senang merebak dari seseorang ke seseorang yang lain. Itulah hikmahnya Allah mengharamkan BABI. Secara tegas, umat Islam haram makan babi kerana Tuhan telah mengharamkannya dalam Al-Qur`an: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah,...” (Qs. Al-Ma`idah 3; An-Nahl 115, Al-Baqarah 173, Al-An'am 145). Memang, Allah telah menciptakan segala yang ada di muka bumi (ma fil ardhi jami'an) untuk manusia (Al-Baqarah 29, Al-Jatsiyah 13). Tapi bukan berarti semuanya untuk dimakan, melainkan ada yang dipantang. Allah itu Maha Baik (thoyyib) dan hanya menginginkan yang baik sahaja...dengan adilnya dia mempersilakan manusia menikmati seluruh ciptaan-Nya yang halal dan baik (thoyyib), serta tidak berlebih-lebihan (Al-A'raf 31). Cumanya manusia itu yang mahukan yang tidak baik? bukankah sudah indah aturan ini, kenapa kita hendak melawan arus dan fitrah(badan tidak akan menerima makanan yang tidak baik untuk kesihatan)



Fakta tentang babi or khinzir(proper sikit) :



1)Bahwa daging babi mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi. Lemak babi mengandung kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak hewan lainnya. Darahnya mengandung asam urat paling tinggi. Asam urat merupakan bahan yan jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa sedikitnya 70 jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan babi dan beberapa diantaranya dapat menjankiti manusia yang memakannya.



2)Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor, Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri & kotoran manusia pun dimakannya. Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi haiwan pemalas dan tidak suka bekerja (mencari pakan), tidak tahan terhadap sinar matahari, tapi makannya rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan paling rakus di antara haiwan jinak lainnya. Jika tambah umur, jadi makin malas & lemah (tidak berhasrat menerkam dan membela diri). Suka dengan sejenis dan tidak pencemburu. (Buku : Adaptive physiology on mammals and birds).



3)Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.



so far, saya dah tak tahan dah nak post lagi pasal keburukan khinzir ni sebab terlalu banyak tak terkata dan disgusting giler untuk saye ceritakan.....



apa2 pon perkara penting yg sye nk highlightkan sebenarnye kenapa wabak ini berlaku? tanya diri kita balik...bukankah wabak itu suatu BALA dr Allah.Allah berfirman bermaksud: “Dan apa juga yang menimpa kamu daripada kesusahan (bencana) maka disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (Surah as-Syura, ayat 30). Betapa banyaknya maksiat yang telah kita lakukan tanpa kita sedari, gejala sosial berleluasa, maruah jadi murah, "pembangunan materialisme" yang kita lalui dan sedang lalui ini telah mengaburi mata sehingga nilai2 agama dan moral di taraf yang paling rendah sekali....flora dan fauna juga terusik, udara sudah kotor dan tercemar...bukankah itu juga sebenarnye menyumbang kepada wabak ini? ia menyebabkan jangkitan kuman lebih mudah kerana tahap kesihatan kita kurang memuaskan dan oleh sebab itulah banyak kali iklan berkumandang di kaca2 tv menyuruh kita basuh tangan sebetul2nya...kenapa tidak iklankan "kurangkan pencemaran"? Memanglah basuh tangan secara betul sangatlah penting tetapi pencemaran itu juga satu faktor tersembunyi yang manusia selalu terlepas pandang......"everything happens for a reason". Dahla wabak, ekonomi pun merudum? huhuhu...mungkin sangat banyak dosa2 kita kepadaNya, maka kita perlu muhasabah diri dan sama2 menjadi cermin kepada komuniti kita =)

Maka, jelaslah di sini kenapa Allah mengharamkan BABI untuk dimakan mahupun disentuh....dan kita lihat sendiri kenapa wabak itu berlaku? kerana ada manusia yang mengkonsumsi dan memelihara khinzir itu, kerana pencemaran disebabkan "pembangunan", kerana gejala sosial(maybe pergaulan yang bebas sampai "tergaul" dgn org yg dijangkiti?wallahua'lam) dan our spiritual devotion to Allah(r we really practicing the right way of Islam?). Sama2lah kita muhasabah diri dan akhir sekali saya sertakan doa minta jauh dari wabak.



<--- klik untuk zoom

::KeLebiHaN BuLaN SyaaBaN::



Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohin
ya dalam memperbanyakkan
puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

::SaLam n mosHi2::

SaLAm semua,
akhirnya dapat gak la aku membuat blog ak ini...
fuhhh dlu kate xmo bwat, tkot komitmen...tgk skarang, hahaha
tpi pasni mmg byklar nk kene update ek?
tataula bley up-to-date ke x....

Sem 1 dh start dh, aku ni ske dtg lewat kt kelas
truk btol, dhla tu ble lec tnye soklan, aku tak pat jwb, see how irresponsible I am? cmane la aku ni as remaja, anak bangsa, slh seorang muslim jugak nak maju ke depan? aku sering tertanya-tanya. PadahaL aku rasa ak tau je smua bende tu "salah" or "betul", "patot" ke "x patot"....huhu cume dari segi pelaksanaanya yang tak termampu lagi....betullah org ckp..."tau cakap tpi takmau buat".. nauzubillah la..ak try improvise diri aku yg serba kekurangan ni.....

haaa ni nak citer, aku fotostat satu buku teks ni kt ****, bajet2 bolehla murah, kot2 separuh dr harga sebenar ke, or suku ke, ak pun setuju lah dengan perkiraan aku....perkiraan ni sumthing yg kita assume setelah dianalisis, didialisis, osmosis, hipotesis akan terjadi mengikut apa yang kita dah rancang...manusia sebenarnya tanpa diorang sedari selalu membuat perkiraan masing2(hehe), back to my story, so aku cm bangga lar dpt kurangkan kos(tula riak dlm hati lagi huhu)....die kate esoknye hari rabu boleh siap, aku pon pegi la, tgk2 lom siap, sabar je lah, tup2 hari khamis, dlm hati aku kate sabarlah...."no pain no gain lah kn?" tibalah hari yang dijanjikan, seronoknyer aku bukan kepalang, tu bru dpt fotostat bku setebal 900 mka surat, blom tentu bace smue(hehe), ak pon pegilah menuntut buku yang dah siap difotostatkan....terkejut bukan kepalang aku tengok harga die rm52.10 compare to initial price rm 61....approximately rm8.90 difference....huhuhu....xpelar aku redha dan pasrah jelar.


satu lagi minggu ni aku kene compound at one time.....sedih tol, satu sbb parking, satu sbb sem 3 x reg, fine for books( yg peliknye usually library akan hanta emel tpi mmg nasib xbaik, haritu server down). Memang tergesa-gesa gak aku membayar dan menyetelkannye........nasib baiklah dapat kurangkan fine tu..semua total rm32 di mana kawan aku ckp die boleh beli buku "public accounting" huhu...ak terfikir kadangkala sumber duit kita tu mungkin tak bersih....contohnye kita diamanahkan oleh ibubapa kita untuk belajar, tpi kita x belajar sungguh2..so duit yg parents kita kasi tu x tersalur ke jalan yg sepatutnye atau kte spend tuk shoppinG ke kn? Allah pon membersihkan rezeki kita....Alhamdulillah semoga kita tak termakan sesuatu yang haram atau bersumberkan haram kerana "bila ia sudah berada di dalam badan, ia akan jadi daging, dan Jika baik daging itu, maka baiklah diri kita" pengajarannye


1)jangan datang cluz lewat(hehe dtujukan kpd aku jugak) n be prepared for the coming cluz...(sian lecturer...tanye sndiri, jawab sndiri) we shud change that
2)jangan riak(jgn terlalu yakin dgn perkiraan sndiri)
3)selidik dulu harga fotostat(mane tau die tukar harga ke, sbb dlu ak dpt murah)
4)kalau dh beli buku, bace jgn simpan buwat hiasan jer...hihi

5)everything happens for a reason =) belajarlah erti sabar, tawakal dan redha

k~ chiaow...