Friday, April 16, 2010

Si Kurus KeRinG

SaLam semua,
saya hendak bercerita mengenai sebuah kisah teladan yang saya kira sangat pendek tetapi isinya padat agar kita bisa mentafsir dengan menggunakan akal budi dan mata hati bagi menjadikan kita manusia yang lebih baik dari semalam. "Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Kisahnya mengenai 'Ibnu Muadh bin Jabal'. Beliau adalah salah seorang sahabat yang sangat berani menentang musuh dalam peperangan dan hamba Allah yang bertaqwa di sisiNYa. Suatu hari, Rasulullah teringin hendak memakan buah (saya kurang pasti buah apa). Pada masa itu Rasulullah SAW dan para sahabat yang lain beserta Muadh sedang berjalan-jalan dan melintasi sebuah pokok yang buahnya masak dan ranum. Lantas, Muadh Ibn Jabal dengan penuh rela hati menawarkan diri untuk memanjat pokok tersebut dan menunaikan permintaan baginda yang dikasihi. Diriwayatkan Muadh ini secara fizikalnya, sangat kurus atau boleh diertikan sebagai kurus-kering. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa(teringat pabila berada di tepi laut). Ketika dia sedang memanjat, jubahnya terselak di bahagian kaki dan menampakkan betisnya yang sangat kurus sehingga nampak tulang sahaja. Sahabat - sahabat yang lain pun mentertawakannya. Di sinilah Rasulullah SAW menjawab, "Jangan kamu ketawakannya kerana di akhirat nanti kakinya itu bakal ditimbang dan sebenarnya ia lebih berat dari Jabal Uhud(Bukit yang berada di Madinah dan sangat bersejarah bersempena dengan Perang Uhud) walaupun secara dasarnya kamu merasakan tentu sekali ia sangat ringan. Ini kerana beliau sentiasa bersedia untuk berjihad melawan musuh yang tiada terbilang jumlahnya ketika perang.

Nah, kita jangan suka mentertawakan orang kerana ketidaksempurnaannya di mata kita kerna barangkali di mata Allah dia cukup sempurna. Orang yang berjihad ke jalan Allah cukup tinggi darjatnya dan Allah jualah yang berhak membalasnya. Suka saya katakan di sini dalam konteks masa kini, berjihad bukan hanya tertakluk kepada melawan musuh di waktu perang sahaja tetapi perang akal, perang budaya, perang kemajuan, perang ilmu, itu semua diambil kira. Namun, sekiranya askar kafirun menyerang dan mengugut membunuh kita, adakah kita bersedia untuk mempertahankan maruah agama ini? Diberitakan Kebangkitan di akhir zaman adalah dari Timur......Kita menggalas satu tanggungjawab yang sangat besar. Ketibaan Imam Mahdi adalah benar dan dialah yang bakal memimpin kita untuk bangkit semula menentang musyrikin nanti.....

p/s : tadi saya mendengar bacaan seorang budak 3 tahun setengah yang membaca 2 helaian Al-Quran Surah Muhammad tanpa melihat Quran pun, bakal hafizah muda....alhamdulillah hebat sungguh