Thursday, September 17, 2009

::Syahidnya seoranG peJUanG era kini::

Salam,
sudah lama rasanya jari-jari ini tidak ligat menulis dek kerana kemalasan. Terbukanya pintu hatiku untuk menulis juga bukan mudah kecuali ada sesuatu yang kurasa perlu jua ku bangkitkan tanpa lengah dan resah melalui blog ini. Baru sebentar tadi, aku menerima berita bahawa bekas pelajar UIA yang bakal konvo dengan anugerah skrol(aktif kemanusiaan dan kokurikulum kalau tak silap) telah kembali ke syahid di tanah tumpah darahnya yang tercinta Palestin ditembak mati oleh askar-askar Israel yang sememangnya tidak bertamadun dan tanpa perikemanusiaan serta dengan rakus membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa.

Bro. Ubaida M.A AlQudsi baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Dikatakan bahawa dia ditembak selepas solat di sebuah masjid di kampungnya di bandar Al Khalil (Hebron) semasa melalui sekatan jalan oleh tentera Israel. Pihak Israel menuduhnya hendak menikam salah seorang tentera…. alasan biasa yahudi untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh rakyat Palestine. Beliau dibawa ke hospital dan koma selama 19 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. Beliau pernah memimpin Kelab Al-Aqsa Society yang sangat aktif menjalankan kempen-kempen kesedaran bagi menyelamatkan Masjidil Aqsa dengan penuh semangat juang di hati walaupun mereka sedar tatkala meneruskan pembelajaran demi segunung ilmu yang bermanfaat, ahli keluarganya tida diketahui nasib mereka sama ada di dalam keadaan yang selamat atau tidak di negara yang masih bergolak. Bro Ubaida juga antara barisan para pelajar yang menghidupkan 10 akhir Ramadhan dengan beri'tikaf.

Apa yang saya hendak 'highlightkan' di sini ialah betapa cintanya pada ilmu untuk menegakkan kembali maruah agama dan bangsanya yang sudah tercemar dek kekejaman rejim Zionis sangat tebal biarpun fikirannya seringkali teringat akan ahli keluarganya yang belum tentu hidup matinya. Berbekalkan semangat itulah, beliau terjemahkan melalui pembabitan aktif beliau terhadap kerja-kerja amal yang tanpa kita sedar biarpun bukan 50% membantu rakyat Palestin tetapi sekurang-kurangnya dapat membangkitkan jiwa-jiwa manusia yang tidur dan lalai dengan nikmat yang dikurniakanNya. Allah berfirman "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! "(al Zalzalah : 7)". Biarpun kempen yang dijalankan oleh saudara Ubaida tidak memberi impak yang begitu besar kepada rakyat Palestin tetapi dia telah menjalankan sedaya mampu tanggungjawabnya terhadap agama, bangsa, dan negara.

Maka kita di Malaysia yang hidup Alhamdulillah dengan aman dan damai tanpa perlu risau dengan keselamatan, mampu beribadah tanpa sekatan, cukup semua makan pakai malah mungkin tidak salah saya katakan 'terlebih cukup, perlulah banyak-banyak memuhasabahkan diri kita(termasuk saya). Kita ada segalanya tapi adakah kita membantu saudara-saudara seislam kita di kala mereka memerlukan capaian tangan?Saya bukan menyuruh kita pergi ke sana dan menjalankan misi kemanusiaan tapi cukuplah dengan menyebarkan berita-berita mengenai penderitaan mereka tak kiralah melalui apa jua medium. Siapa tahu seseorang tergerak hatinya setelah mendengar mahupun membaca dan mungkin dia mempunyai harta yang banyak dan mampu disalurkan ke tabung kemanusiaan .

Saya juga ingin menyentuh soal i'tikaf dan menyemarakkan masjid, khasnya pada kaum adam kerana agak sukar untuk seorang wanita untuk beri'tikaf kecuali diajak satu keluarga kerana banyak kerja-kerja rumah. Alangkah bagusnya jika anak-anak muda Malaysia sama-sama mengimarahkan masjid di saat akhir-akhir ramadhan daripada menjalankan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah seperti bermain permainan di komputer, menonton televisyen atau terlalu asyik dengan persiapan untuk hari raya. Kita tiada halangan, rintangan mahupun fikiran yang melayang teringat akan kampung halaman yang jauh(walaupun jauh, tidaklah sampai beribu-ribu kilometer seperti pelajar luar negara). Saya terfikir jika saya berada di tempat saudara Ubaida, bagaimana saya akan dapat menumpukan perhatian? Sungguh saya kagum dengan sikap dan pengabdian beliau kepada Allah yang tidak kurang sedikit pun dengan situasi yang genting di Palestin.

Mungkin kerana kita tidak mengalami penderitaan sebegitu menyebabkan kita selalu terlepas pandang dan tidak peka dengan keadaan sekeliling, kita jadi leka dan 'take things for granted'. Cuba kita berfikir sejenak, sekiranya Allah tarik balik nikmat yang kita ada ini dan wujudlah krisis baru, mungkin 'krisis air'(seperti yang diramalkan, nauzubillah) yang menyebabkan peperangan antara negara, pada saat itulah baru kita rasa apa yang sekian lama ditahan oleh rakyat Palestin. Wallahua'lam saya harap tidak berlaku kejadian itu tetapi kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan jangan terlalu lena dibuai mimpi yang sementara.
Jadi, saya berdoa agar kita bakal menjadi panji-panji Islam yang bangkit teguh melawan musuh-musuh Islam dan semoga rohnya dicucuri rahmat(sudahlah syahid, menemui ajal di bulan Ramadhan pula). Sekian....

3 comments:

  1. Salam,

    Berbahagialah mereka yg syahid

    Ak pun dpt email ttg kesyahidan Bro. ni

    Ni lah yang dipanggil hidup mulia,mati syahid

    Bertapa ruginya diri jika terleka dgn keindahan dunia yg bodoh..i must say...

    Termasuklah diri ini...Astagfirullah..

    Masih mencari kebenaran untuk menjiwai peranan

    bantu ak agar kita sama dpt berjaya dunia akhirat...

    maaf zahir batin..

    takbir...

    selawat...

    ReplyDelete
  2. adeh.. sakit mate... T__T
    papepun.. cite best...

    ReplyDelete