"Malaysia mencatatkan kematian pertama kes H1N1 apabila seorang pesakit warga Indonesia berusia 30 tahun mati di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur jam 11.50 pagi kelmarin. Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata punca sebenar kematian pesakit terbabit yang juga seorang pelajar masih belum diketahui tetapi siasatan awal mendapati ia disebabkan kadar denyutan jantung tidak terkawal. Liow juga berkata, sebanyak 18 kes baru dilaporkan sehingga 8 pagi ini, membabitkan 17 jangkitan tempatan dan satu import. BHM"
erm...sekarang sudah mencatatkan kematian pertama tetapi warga indonesia? Banyak IPTA dan sekolah2 sudah ditutup kerana takut bahayanya penularan wabak selesema babi yang sangat senang merebak dari seseorang ke seseorang yang lain. Itulah hikmahnya Allah mengharamkan BABI. Secara tegas, umat Islam haram makan babi kerana Tuhan telah mengharamkannya dalam Al-Qur`an: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah,...” (Qs. Al-Ma`idah 3; An-Nahl 115, Al-Baqarah 173, Al-An'am 145). Memang, Allah telah menciptakan segala yang ada di muka bumi (ma fil ardhi jami'an) untuk manusia (Al-Baqarah 29, Al-Jatsiyah 13). Tapi bukan berarti semuanya untuk dimakan, melainkan ada yang dipantang. Allah itu Maha Baik (thoyyib) dan hanya menginginkan yang baik sahaja...dengan adilnya dia mempersilakan manusia menikmati seluruh ciptaan-Nya yang halal dan baik (thoyyib), serta tidak berlebih-lebihan (Al-A'raf 31). Cumanya manusia itu yang mahukan yang tidak baik? bukankah sudah indah aturan ini, kenapa kita hendak melawan arus dan fitrah(badan tidak akan menerima makanan yang tidak baik untuk kesihatan)
Fakta tentang babi or khinzir(proper sikit) :
1)Bahwa daging babi mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi. Lemak babi mengandung kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak hewan lainnya. Darahnya mengandung asam urat paling tinggi. Asam urat merupakan bahan yan jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa sedikitnya 70 jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan babi dan beberapa diantaranya dapat menjankiti manusia yang memakannya.
2)Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor, Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri & kotoran manusia pun dimakannya. Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi haiwan pemalas dan tidak suka bekerja (mencari pakan), tidak tahan terhadap sinar matahari, tapi makannya rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan paling rakus di antara haiwan jinak lainnya. Jika tambah umur, jadi makin malas & lemah (tidak berhasrat menerkam dan membela diri). Suka dengan sejenis dan tidak pencemburu. (Buku : Adaptive physiology on mammals and birds).
3)Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.
so far, saya dah tak tahan dah nak post lagi pasal keburukan khinzir ni sebab terlalu banyak tak terkata dan disgusting giler untuk saye ceritakan.....
apa2 pon perkara penting yg sye nk highlightkan sebenarnye kenapa wabak ini berlaku? tanya diri kita balik...bukankah wabak itu suatu BALA dr Allah.Allah berfirman bermaksud: “Dan apa juga yang menimpa kamu daripada kesusahan (bencana) maka disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” (Surah as-Syura, ayat 30). Betapa banyaknya maksiat yang telah kita lakukan tanpa kita sedari, gejala sosial berleluasa, maruah jadi murah, "pembangunan materialisme" yang kita lalui dan sedang lalui ini telah mengaburi mata sehingga nilai2 agama dan moral di taraf yang paling rendah sekali....flora dan fauna juga terusik, udara sudah kotor dan tercemar...bukankah itu juga sebenarnye menyumbang kepada wabak ini? ia menyebabkan jangkitan kuman lebih mudah kerana tahap kesihatan kita kurang memuaskan dan oleh sebab itulah banyak kali iklan berkumandang di kaca2 tv menyuruh kita basuh tangan sebetul2nya...kenapa tidak iklankan "kurangkan pencemaran"? Memanglah basuh tangan secara betul sangatlah penting tetapi pencemaran itu juga satu faktor tersembunyi yang manusia selalu terlepas pandang......"everything happens for a reason". Dahla wabak, ekonomi pun merudum? huhuhu...mungkin sangat banyak dosa2 kita kepadaNya, maka kita perlu muhasabah diri dan sama2 menjadi cermin kepada komuniti kita =)
Maka, jelaslah di sini kenapa Allah mengharamkan BABI untuk dimakan mahupun disentuh....dan kita lihat sendiri kenapa wabak itu berlaku? kerana ada manusia yang mengkonsumsi dan memelihara khinzir itu, kerana pencemaran disebabkan "pembangunan", kerana gejala sosial(maybe pergaulan yang bebas sampai "tergaul" dgn org yg dijangkiti?wallahua'lam) dan our spiritual devotion to Allah(r we really practicing the right way of Islam?). Sama2lah kita muhasabah diri dan akhir sekali saya sertakan doa minta jauh dari wabak.
<--- klik untuk zoom
Permata ‘Akal Budi’ yang Hilang
1 day ago
No comments:
Post a Comment