KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelancong Timur Tengah termasuk seorang wanita dikesan menggunakan taktik menjatuhkan pelbagai not wang kertas di atas lantai sebagai umpan menarik perhatian mereka yang mengeluarkan wang di mesin pengeluaran automatik (ATM) untuk mengambil wang itu.Apabila mangsa mengambil wang berkenaan, rakan mereka akan dengan cepat menukar kad ATM mangsa dengan kad lain.Malah, sebelum itu, seorang daripada mereka cuba menghafal nombor pin kad ATM mangsa ketika hendak membuat pengeluaran wang.Dalam kejadian terbaru 21 Julai lalu, seorang lelaki menjadi mangsa kepada golongan terbabit ketika dia mengeluarkan wang di sebuah bank di Seri Gombak, di sini.
Mangsa, See Teck Chuan, 32 berkata, dalam kejadian jam 8 malam itu, dia pergi bank berkenaan untuk membuat pemindahan wang kepada rakannya.
“Sewaktu masuk ke dalam bank, kelihatan seorang wanita Arab sedang berdiri di tepi satu mesin ATM dan memandang saya dengan penuh curiga.“Namun, tanpa mengendahkannya, saya terus membuat transaksi sebelum secara tiba-tiba wanita itu menepuk bahu saya sambil menunjuk sejumlah wang di atas lantai.“Ketika itu, saya menyedari terdapat seorang lagi rakannya iaitu lelaki berusia 50-an mengarahkan saya memungut wang itu sambil bercakap dalam bahasa yang saya tidak difahami,” katanya.Menurutnya, dia yang tidak mencurigai apa-apa terus mengutip wang dalam not RM5, RM1 dan AS$1 sebelum memberinya kepada pasangan itu.“Bagaimanapun, mereka enggan mengambil wang itu sebaliknya membuat bising menyuruh saya meletakkan wang itu kembali ke atas lantai.“Saya yang keliru dan bingung kerana tidak memahami bahasanya cuba bertanya apa yang mereka maksudkan dan ketika itu datang seorang lagi rakan mangsa menjerit ke arah saya sambil menyuruh saya mengutip kembali wang terbabit,” katanya.
See tidak melayan permintaan kumpulan itu sebaliknya terus ke mesin ATM berhampiran untuk meneruskan transaksi yang terganggu.“Saya yang cuba membuat pengeluaran wang pula terkejut apabila nama yang terpapar pada mesin itu adalah milik Noraini Hashim.“Pada mulanya saya menyangka mesin terbabit mengalami kesilapan teknikal, namun setelah dua kali nombor pin yang dimasukkan masih salah, saya menyedari ada sesuatu yang tidak kena.“Saya mencari ketiga-tiga warga Timur Tengah terbabit, namun mereka sudah menghilangkan diri,” kata See yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Caves, Gombak pada malam kejadian.Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebaik laporan polis dibuat, dia mendapati seorang daripada suspek melihat nombor pin kad ATM miliknya sebelum menukarnya dengan kad lain.“Mereka sengaja membuat kecoh kerana ketika itu seorang daripada mereka sedang mengeluarkan wang saya sebanyak RM1,500 dari mesin berhampiran.“Pemeriksaan transaksi mendapati mereka membuat tiga kali pengeluaran RM3,500 serta membeli kad isian semula telefon bimbit bernilai RM100 di sebuah stesen minyak menghala ke Lebuh Raya Karak dua kilometer dari bank terbabit.“Semuanya dilakukan kurang dari tempoh 10 minit,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Biro Bantuan Awam MCA di sini, semalam.Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan pihaknya kini sedang memburu ketiga-tiga suspek terbabit.
MoraL:
1)jangan mudah terpengaruh dengan penipuan manusia
2)jika ada seseorang yang mencurigakan, tolong berjaga-jaga@berhati-hati, hadang diri anda bila sedang menaip no pin supaya org x leh detect
3)sntiasa berdoa mintak dijauhkan benda2 macam nie...
4)bila hendak membantu orang tpi still dalam transaction, stop dulu transaction tuh, keluarkan kad or duit
nauzubillahumin zalik
Permata ‘Akal Budi’ yang Hilang
1 day ago